PERUBAHAN IKLIM

PIN

P

Perubahan iklim adalah suatu bentuk ancaman global yang kritikal kerana ianya menyebabkan gangguan terhadap keseimbangan ekosistem terhadap jaminan sumber air dan kelangsungan bekalan makanan. Ini adalah kerana perubahan iklim memberi kesan terhadap pertanian, kesihatan, bekalan air dan infrastruktur sejurus itu menggugat kehidupan manusia, spesis haiwanan dan tumbuh-tumbuhan. Perubahan iklim mempunyai kesan yang signifikan. Jika kita tidak mengambil tindakan segera untuk mengurangkan pelepasan pemanasan global, impak ini akan terus
meningkat. Isu ini adalah isu yang amat penting dan harus dititikberatkan. Namun begitu, bagaimana untuk memberi
penekanan dan tumpuan terhadap isu ini jika tiada pemahaman yang dapat dikongsikan kepada masyarakat?

Bagaimana perubahan iklim dapat ditakrifkan?

Perubahan iklim adalah bersifat antropogenik. Ini dapat didefinisikan sebagai perubahan pola iklim global atau
serantau akibat aktiviti manusia. Perubahan ini menjadi sangat jelas dari pertengahan hingga akhir abad ke-20.
Sebahagian besarnya adalah disebabkan peningkatan tahap gas rumah kaca atmosfera (Green House Gas/ GHGs) yang
dihasilkan daripada i) pembakaran api fosil, ii) proses industri-bukan-pembakaran, iii) aktiviti manusia lain seperti
pertanian; dan iv) penggunaan penyejuk.

Karbon dioksida (CO2) dan GHG lain seperti wap air, ozon, metana, nitro oksida dan hidrofluorokarbon juga
mempunyai keupayaan untuk menyerap haba yang dipancarkan dari permukaan Bumi dan atmosfera yang lebih
rendah memantulkan beberapa haba ini kembali ke permukaan dan mewujudkan Kesan Rumah Hijau (Green House
effect).

Aktiviti manusia; terutamanya pembakaran bahan api fosil, penebasan hutan dan pembakaran hutan – adalah antara
punca yang menyebabkan suhu purata meningkat di seluruh dunia dan menyebabkan pemanasan global. Atmosfera
yang lebih panas memicu perubahan iklim, atau perubahan dalam pola iklim biasa. Perubahan sedemikian
menyebabkan cuaca menjadi lebih teruk. Malaysia juga tidak terkecuali daripada terjejas akibat perubahan iklim yang
berlaku. Ini dapat dilihat pada 24 Oktober 2015 apabila terjadinya fenomena jerebu yang melanda negara dan
disifatkan sebagai fenomena yang terburuk dalam sejarah kerana mengakibatkan banyak sekolah terpaksa ditutup dan
penerbangan serta beberapa acara luar peringkat kebangsaan dibatalkan. Hal ini berpunca daripada kebakaran hutan
di Riau akibat kemarau yang juga berkait rapat dengan perubahan iklim yang berlaku.

Walaubagaimanapun, kini beberapa polisi di Malaysia mempunyai kaitan langsung dengan perubahan iklim yang
memudahkan pelaksanaan langkah dan inisiatif yang direka untuk menyesuaikan diri dengan; atau mengurangkan
kesan perubahan iklim, menggalakkan kemampanan alam sekitar dan akan membawa kesan positif terhadap iklim.
Antaranya adalah; National Green Technology Policy (NGTP), National Policy on the Environment (NPE), dan National
Policy on Climate Change (NPCC).

Apa mitigasi yang dapat dilakukan oleh setiap lapisan masyarakat daripada pentadbiran kerajaan, badan korporat, organisasi dan perindustrian sejajar untuk mengurangkan kesan perubahan iklim?

 

Pertama sekali adalah, meningkatkan kerjasama melalui komunikasi dan koordinasi yang cekap dalam kalangan semua
pemegang kepentingan untuk melaksanakan respons perubahan iklim yang berkesan. Kedua, meningkatkan
kesedaran dan penyertaan masyarakat untuk menyedari akan tingkah laku yang membawa kepada perubahan iklim
dengan mempromosikan kelestarian sumber asli. Seterusnya, membangunkan pembangunan yang berdaya tahan
melalui ekonomi rendah karbon untuk meningkakan daya saing global dan mencapai pertumbuhan sosioekonomi yang
mapan dan yang terakhir, menyokong pengambilan keputusan berdasarkan pengetahuan melalui penyelidikan dan
pembangunan yang berkaitan dengan iklim yang intensif dan pembinaan kapasiti sumber manusia.