TENTANG KAMI

 

Intraksi ialah sebuah platform media yang mendokumentasikan hubung kait antara masyarakat dan kebarangkalian teknologi masa hadapan

Intraksi dilahirkan pada 1 Januari 2019 sebagai sebuah platform media yang pada asalnya fokus kepada berita berita berkaitan teknologi, kemanusiaan dan komuniti selepas melihat kurangnya platform media tempatan yang memaparkan kandungan berbentuk perbincangan intelektual. Intraksi berkembang menjadi sebuah media utama yang memfokuskan topik perbincangan yang relevan dengan perkembangan komuniti dan aspek lain yang berkaitan dengan teknologi dan perkembangan masyarakat.

Sejak direalisasikan, Intraksi telah mula menarik minat segelintir pengunjung yang mengejar berita mengenai teknologi walau bagaimanapun, misi kami di Intraksi adalah untuk mengasah minda masyarakat Malaysia untuk pembaca ber-Intraksi dengan topik yang sedang dibincangkan.

Intraksi tidak hanya terhad dengan penulisan isu-isu harian yang berhubung kait dengan teknologi, manusia dan masa depan, malah pemahaman sesuatu isu dipermudahkan dalam bentuk video interaksi dalam kalangan individu-individu kreatif dalam industri tempatan untuk memberi tanggapan mereka terhadap kesan yang dihadapi di dalam industri dan membina komuniti yang dapat berinteraksi sesama sendiri.

Dengan penulisan dan posting media sosial yang mudah difahami. Misi kami adalah untuk Intraksi menjadi destinasi utama bagi mereka yang berminat dengan budaya Internet di zaman kini dan gaya hidup.

Editorial Intraksi ditambah baik dengan penghasilan video untuk memberi penceritaan yang berkesan melalui gaya dan visi kami tersendiri. Platform video akan memberi dimensi baru kepada cerita cerita menarik mengenai arus permodenan budaya Internet dalam kalangan masyarakat luar dan tempatan.